← Dunia Mimo

MAKLUMAT UNTUK IBU BAPA

Privasi keluarga anda

Kami nak anda tahu apa yang berlaku pada maklumat keluarga semasa menggunakan Dunia Mimo. Ini perkara yang penting untuk anda tahu.

Anak boleh main tanpa buat profil

Game tidak meminta anak membuka akaun atau mengisi profil. Markah disimpan dalam browser pada telefon, tablet atau komputer yang digunakan.

Kalau ada sijil, nama anak adalah pilihan. Nama itu diproses pada peranti anda dan tidak dihantar oleh game kepada kami. Sample percuma di sales page pula tidak menyimpan markah.

Markah ikut browser dan peranti

Kalau anda tukar telefon atau browser, markah lama belum boleh dipindahkan secara automatik. Memadam data browser juga boleh memadam markah.

Jika adik-beradik menggunakan browser yang sama, mereka berkongsi rekod permainan. Orang yang menggunakan peranti itu juga mungkin boleh melihat markah dan nama pada sijil.

Maklumat semasa membeli

Sebelum checkout CHIP dibuka, kami meminta nama penuh dan email ibu bapa atau penjaga. Email digunakan untuk mengaitkan pesanan dan menghantar pautan Game Saya; nama penuh dihantar kepada CHIP supaya checkout memaparkan maklumat itu. Gunakan maklumat orang dewasa, bukan maklumat anak.

CHIP mengurus maklumat pembayaran mengikut polisi privasinya. Maklumat pembelian berasingan daripada markah permainan anak.

Apa yang direkodkan semasa laman dibuka?

Penyedia hosting boleh menyimpan rekod teknikal, seperti alamat IP dan fail yang diminta oleh browser. Sesetengah game juga mengambil fon daripada Google Fonts, jadi browser akan berhubung dengan perkhidmatan itu untuk memaparkan tulisan.

Sales page untuk ibu bapa dan penjaga ini menggunakan Meta Pixel untuk mengukur lawatan dan permulaan pembayaran daripada iklan Facebook atau Instagram. Meta boleh menerima maklumat teknikal seperti alamat IP, maklumat browser, URL halaman dan cookies mengikut Polisi Privasi Meta. Kami tidak menghantar email daripada borang, nama anak, jawapan atau markah game melalui Pixel ini. Pixel ini tidak dipasang dalam game. Tetapan iklan dan cookies boleh diurus melalui browser dan akaun Meta anda.

Nak tanya tentang privasi?

Untuk pertanyaan berkaitan pembelian anda, hubungi saluran bantuan dalam pengesahan pembelian. Tak perlu hantar nama, gambar atau maklumat anak untuk mendapatkan bantuan.

Maklum balas

Ibu bapa atau penjaga boleh memberi maklum balas sekali dalam Game Saya. Borang meminta game yang telah dicuba, tiga penilaian dan komen pilihan. Jawapan disimpan bersama nombor pesanan untuk mengelakkan hantar dua kali; paparan maklum balas pentadbir tidak menunjukkan alamat email. Jika maklum balas belum diterima selepas kira-kira enam hari daripada pembelian berbayar, kami menghantar satu email peringatan melalui Resend. Jangan masukkan nama atau maklumat peribadi anak.